Saturday, 9 February 2013

.: Lagi dRamA aDapTasi :.

Assalamualaikum....

Achiik buat post ni atas permintaan my besties... seorang yang kaki novel & sgt2 update ttg drama2 or filem2 melayu terbaru... *tepuk sikit* ok, mintak kaki..!!

hahaha... dia nk Achiik buat post ttg satu lagi novel femes yg akan keluar ke layar tv...
kali ni, msti korg tahu sgt2 novel ni...
sebab best-seller kot...! dh la penulis dia pun mmg femes yg amat dan sekarang ni dh ada syarikat publisher atas nama sendiri....
siapakah dia..? jeng...jeng...jeng...

CINTA KAU DAN AKU - SITI ROSMIZAH...

# cover utk novel tu... :))


hehehe... konon surprise la ekkk... ok!
hem, drama ini akan ganti drama TRILOGI CINTA 2 yang tinggal episod terakhir Khamis minggu depan...
pelakon-pelakon yang dibariskan utk drama terbaru ini adalah Fizz Fairuz (Farish), Sara Ali (Farisha) dan ramai lagi....

# nie lbih krg poster utk drama tu la...


# one of the scene la dlm drama nie..


Achiik copy-paste sinopsis novel ni, k... nk review pun, Achiik dh ingat2 lupa... 2-3 thun lpas dh baca... jnuh nk ingt satu2 plot... :))

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


well, slmt menonton drama ini yg ditayangkan di TV1 pada hari khamis & jumaat... start tyg, jumaat mggu dpn, insyaAllah... :))

p/s : gmbr tu, kredit utk www.budiey.com...
~ wassalam...


No comments:

Post a Comment